Bagaimana nak pilih powerbank yang sesuai dengan anda

Kita memang perlu kepada telefon pintar. Sehari tak buka, macam-macam perkara boleh terlepas pandang. Sehari tak buka Whatsapp, beribu-ribu notifikasi keluar. itu belum lagi media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Tambahan lagi, ada telefon pintar yang tiada simpanan bateri yang banyak menyebabkan kita perlu kepada powerbank. 

Sekarang, budak-budak sekolah pun dah ada powerbank, apatah lagi orang yang bekerja.

Nah, saya sediakan tip-tip untuk membeli powerbank yang sesuai dengan anda.

1. Ada jaminan
Jaminan menunjukkan powerbank anda benar-benar berkualiti. (Pandangan semata-mata) Anda boleh dapat jaminan paling kurang 3 bulan.

2. Kapasiti
Sekiranya penggunaan telefon pintar seharian banyak kali digunakan, adalah lebih baik anda memilih powerbank yang mempunyai kapasiti yang besar. 

3. Asli
Pilih yang asli agar anda tidak merasa rugi. Untuk mengelakkan anda ambil yang tiruan, pilihlah jenama-jenama yang agak terkenal. Di kalangan rakan-rakan saya, jenama yang selalu dibeli adalah Pineng.

4. Harga
Tidak dapat dinafikan harga memainkan peranan dalam pembelian. Semakin tinggi harga powerbank itu, semakin tinggi kapasiti  bateri yang anda boleh gunakan.

Ini sahaja tip-tip yang saya boleh berikan. Selamat memilih powerbank yang anda sukai!

Bagaimana nak pilih powerbank yang sesuai dengan anda

  • Uploaded by: Adam Sharizal
  • Views:
    0
  • Category:
  • Share

    0 comments:

    Post a Comment

     

    Our Team Members

    Copyright © 2025 TheBagaimana | Designed by Templateism | Blogger Templates