Bagaimana Menjaga Wajah Dengan Cara
Yang Betul
Mempunyai wajah yang bersih dan cantik dipandang adalah
impian semua orang. Namun, jerawat yang timbul bukanlah atas kehendak kita dan
tidak boleh dihalang. Tetapi kita boleh mencegah munculnya jerawat dengan
mengamalkan cara yang betul dalam penjagaan wajah. Wajah adalah cermin asas
kepada diri kita.
Andai ianya bersih dan berseri, dapat memberi gambaran kepada
orang lain tentang diri kita. Mempunyai wajah yang bersih juga dapat memberikan
kita keyakinan yang mencukupi untuk berkomunikasi dengan orang dan juga
menunjukkan daya keterampilan diri kita.
Wajah yang ditunjukkan adalah
tanggapan pertama yang kita berikan kepada orang lain. Kerana itu amat penting
untuk menjaga dan mempunyai wajah yang bersih dan berseri. Persoalannya,
bagaimana hendak menjaganya?
Ayuh, mari kita sama-sama cuba mempraktikkan cara
hendak menjaga wajah dengan cara yang betul ini.
11. Kurangkan
Memakai Pencuci Muka yang Pelbagai, Tetap dengan yang Satu. Jangan memakai
pencuci muka yang pelbagai dalam satu-satu masa, kerana ianya akan dibimbangi
akan merosakkan kulit wajah anda. Memakai pencuci muka dengan cara dan masa
yang betul.
22. Jaga kebersihan
kehidupan seharian anda. Cuci dan tukar cadar dan sarung bantal setiap minggu
atau apabila telah kotor. Kalau mempunyai rambut yang panjang dan malas hendak
potong, sentiasa pastikan ia diikat bagi mengelakkan terkena pada wajah anda.
33. Ini paling utama
dan yang amat sukar dielakkan. Pastikan dan jangan sentuh muka dengan tangan
yang tidak bersih dan elakkan memicit jerawat yang timbul. Ini bukan
menghilangkan jerawat malah akan menambahkan lagi bakteria hinggap di wajah
kita, memudahkan jerawat untuk naik.
44. Banyakkan minum
air putih/mineral sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Jaga pemakanan, elakkan memakan makanan yang
membuat wajah anda dinaiki jerawat seperti seafood, belacan atau apa sahaja
makanan yang diperam. Kurangkan makan/minum manis, makanan yang terlalu
berminyak.
55. Bagi yang rajin
dan mempunyai masa, boleh membuat masker wajah 2 kali seminggu, dapat merawat
jerawat dengan cepat. Boleh juga memakai masker bedak sejuk. Ianya dapat
membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.
6. Boleh juga makan
supplement yang sesuai untuk penjagaan kulit wajah seperti minuman kolagen
untuk memberi kesan yang lebih pantas
Selalulah
mencuci wajah anda dan yang paling mudah bagi kita ialah ketika berwudhuk.
Sentiasa pastikan tangan sentiasa bersih ketika hendak memegang wajah. Semoga
dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu anda semua dalam menjaga wajah
agar sentiasa berasa yakin dan berketerampilan dalam menjalani kehidupan
terutamanya ketika berkomunikasi.
Bagaimana menjaga wajah dengan cara yang betul
Views:
Category:
Kesihatan
0 comments:
Post a Comment