Bagaimana Umar Abdul Aziz mentadbir Kerajaan Islam Umayyah



Ketika ini saya baru sahaja membaca kita al-Maaliyah Aammah di bawah tajuk zakat.

Di satu sudut, kitab ini menceritakan bagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz menyusun semula pendapatan kerajaan yang menyebabkan tiada golongan fakir miskin di Damsyik.

Tindakan pertama yang dilakukan oleh Umar Abdul Aziz ialah baginda memulangkan semua harta benda yang bersumber daripada pentadbiran.

   Malah ada kisah Umar dengan isterinya, apabila isterinya cuba menyimpan rantai pemberian ayahnya ketika perkahwinan diketahui oleh Umar. Maka baginda memberi pilihan samada dia mahu berpisah dengan rantai itu atau berpisah dengan suaminya. Akhirnya isteri Khalifah itu memilih untuk memulangkan kembali rantai itu.

Disusuli tindakan yang kedua, Khalifah yang zuhud itu memansuhkan cukai yang membebankan dan mengukuhkan sistem zakat. Ketika itu, bilangan muslimin yang cukup ramai telah memberikan pendapatan negara yang banyak.

Zakat dan cukai amatlah berbeza yang mana zakat ini adalah ibadah kepada Allah dan ia bukan sistem manusia yang sentiasa khilaf. Selain itu, dimansuhkan juga jizyah yang dikenakan kepada muallaf . Pentadbiran kerajaan sebelum Umar, zakat dan jizyah telah dikenakan kepada muallaf dan tenyata ia adalah kezaliman.



  Disebabkan tiada golongan fakir miskin, maka Umar Abdul Aziz memerintahkan memberikan makanan kepada burung-burung. Dikisahkan juga, Umar telah menyediakan dua pelita yang mana satu pelita untuk urusan kerajaan dan satu lagi untuk urusan peribadi. Sungguh halus dan teliti baginda memisahkan hak dan batil.

Ditulis oleh:
Adam Bin Sharizal
Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam)
Kolej Yayasan Pahang

Bagaimana Umar Abdul Aziz mentadbir Kerajaan Islam Umayyah

  • Uploaded by: Adam Sharizal
  • Views:
    6
  • Category: ,
  • Share

    0 comments:

    Post a Comment

     

    Our Team Members

    Copyright © 2025 TheBagaimana | Designed by Templateism | Blogger Templates