BAGAIMANA MEMBUAT BLOG PERCUMA DAN
MUDAH DI WORDPRESS

Langkah pertama
yang perlu dilakukan ialah dengan membuat akaun di wordpress dan ini memerlukan
akaun email anda yang masih aktif samada email.gmail atau email.yahoo, yang
penting yang boleh diakses dan aktif.
Pergi kepada
laman rasmi wordpress untuk bermula, kemudian tekan di pilihan untuk membuat
blog atau ‘create website’.
Kemudian proses
seterusnya selepas menekan ‘create website’ ialah dengan memilih nama blog yang
telah anda fikirkan ketika merancang untuk membuat blog. Adalah kerana ini
merupakan blog yang percuma dan mudah maka alamat blog anda akan diakhiri
dengan wordpress.com. Sebagai contoh blogsaya.wordpress.com jika nama blog anda
ialah ‘blogsaya’. Disebabkan ianya, percuma dan ringkas, terkadang nama yang
kita fikirkan itu mungkin telah wujud dan telah digunakan oleh orang lain. Maka
disini kita perlu menukar kepada nama lain yang masih tidak digunakan seperti
‘blogsaya97’. Apabila telah selesai, klik pada ‘Create your site and continue’
untuk langkah seterusnya.
Pada langkah
ini, anda perlu mengisi email yang aktif, nama pengguna dan password yang
sesuai dan diingati selalu. Ketiga-tiga maklumat ini sangat penting dan perlu
sentiasa diingati kerana merupakan talian hayat untuk mengakses wordpress anda.
Kemudian setelah selesai, tekan pada ‘Next step’.
Pada kali ini,
anda akan diberi pilihan untuk memilih blog yang berbayar atau kekal percuma.
Berbayar ialah dengan menghilangkan subdomain yang wujud pada alamat blog anda
seperti blogsaya.wordpress.com akan bertukar menjadi blogsaya.com andai anda
memilih blog yang berbayar. Jika mahu kekal sahaja dengan blog percuma, klik
sahaja pada ‘No, thanks’.
Cita-cita anda
untuk memiliki blog sendiri hampir tercapai, haha. Pada kali ini anda akan
diminta untuk memilih template yang diminati untuk dijadikan template blog
anda. Cadangannya untuk anda memilih template yang asas dan percuma sahaja pada
awal ini. Dan selesai sudah, namun sedikit sahaja lagi baki tugas anda iaitu
mengesahkan segala akaun wordpress anda.
Langkah
pengesahan adalah seperti berikut, pergi ke laman email anda dan pastikan anda
telah menerima satu email daripada wordpress tentang pengaktifan akaun anda. Setelah mendapatkan email dari WordPress, klik
pada ‘Confirm Email Address’.

Bagaimana membuat blog percuma dan mudah di wordpress
Views:
4
Category:
Teknologi
0 comments:
Post a Comment